Semalam adalah antara hari yang paling gembira dlm hidup aku. Cerita ni brmula a/bila family aku cakap yang diorg nk dtg KT semlm sbb ada urusan. Pastu aku tnya la dtg x kt aku.diorg kata x tau lg. pastu aku trs la gi library study smpai la ptg.tetibe mama tepon ckp diorg ada dtg tp aku xde kt ostel jadi diorg trus blk. aku sedih jugak la sbb x tgg aku dulu.

Blk dr library aku tepon smula kt family sama ada dh blk dungun ke blum. diorg ckp dh on the way. Aku pun ckp ok la. Dh xde rezeki nk jmpe. Mase aku tgh beli mknn mama tepon lg. Diorg dtg blk kt aku sbb nk ambil brg.

Memang aku gmbira la masa 2. Lps diorg blk 2 tetibe aku nmpk satu kotak kek atas katil aku. Aku pun buke la hehe.....ni la kek 2. Sempena b'day aku pd 2hb nov ni. rupe-rupenye diorg dtg bwkkn kek utk aku. Bkn main gmbira lg aku tgk kek 2. aku ucap terima kasih & luahkn rasa syg dan cinta aku kt family.

Mmg aku trharu dgn hadiah 2. aku tahu org yg paling syg kt aku adlh family aku & org yg plg aku syg adlh family aku. Aku xkn lupa b'day aku yg ke-20 thn ni. ia akn jd kngn dlm hidup aku. Buat Papa,Mama,kak mi,eiman & awisy thnx 4 coming & give me a cute cake. I Love U all.

Mlmnya aku & housemate serta qilah & the geng celebrate la b'day aku. Aku amat gembira smlm walaupun kitorg sambut awal sbb 2hb ni ada exm HCI.

Itulh yg brlaku dlm hidup aku smlm. Selama ini aku x prnh celebrate b'day sndiri sbb biasanya family aku trlupe. 2,3 ari pastu brlh diorg wish. Tp thn ni diorg siap hntrkan kek utk aku.
Skang aku tau & blh rasakan kasih syg mereka trhdp aku.

Renungkanlah kwn2...

Orang kata aku lahir dari perut Mama..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Mama
Bila lapar, yang suapkan aku..Mama
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Mama
Kata Mama, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!

Bila bangun tidur, aku cari.. Mama
Bila nangis, orang pertama yang datang ..Mama
Bila nak bermanja.. aku dekati Mama
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah Mama
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya Mama
Bila nakal, yang memarahi aku ...Mama
Bila merajuk... yang memujukku cuma..Mama
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..Mama
Bila takut... yang tenangkan aku.. Mama
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..Mama

Aku selalu teringatkan ..Mama

Bila sedih, aku mesti talipon... Mama
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu...Mama
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Mama
Bila takut, aku selalu panggil.. "Mamaaaaaaaaaaaa! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Mama
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Mama
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Mama
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Mama
Bila ada masalah, yang paling risau.. Mama

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Mama
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Mama
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Mama
Yang selalu berleter kat aku.. Mama
Yang selalu puji aku.. Mama
Yang selalu nasihat aku.. Mama


bila tiba Hari Ibu
aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu... Mama ingat kat aku


Masa hari lahir aku pula
Aku tak pernah ucapkan terima kasih kat Mama
kerana lahirkan aku dan menjaga aku selama ni.
Sedangkan Mama selalu luahkan rasa syukur
Aku adalah anaknya. Anugerah Allah kepadanya.

pesan Mama dulu:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim
wang untuk Mama? Mama bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan
pun cukuplah". Berderai air mata aku. Aku akan ingat kata kata ni sampai bila bila.


Aku harap kasih dan sayang aku terhadap Mama takkan berubah
Malah semakin bertambah bersama meningkatnya usia aku amin…….

Ramai yang tidak tahu bahawa ada beberapa pekara yang telah tercatit dalam hadis yang mengisahkan perbezaan darjat kaum wanita dan lelaki. Perbezaan-perbezaan ini yang menaikan darjat kaum wanita.Ciri-ciri tersebut disesenaraikan di bawah ini :-

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin,maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganay, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12.Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?? Jawab Rasulullah,"Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13.Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14.Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana? mana pintu yang di kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah.wanita sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

Bersyukurlah jika anda seorang wanita.

UTEM


Simple. Itu yang dapat digambarkan mengenai website ini kerana lamannya yang pendek dan kosong.

Menggunakan warna merah pada bahagian atas kiri sebagai background logo universiti. Kontra dengan warna background keseluruhan interface yang menggunakan warna plain seperti putih dan grey.walaupun menggunakan teknik flash untuk memaparkan info info tetapi pengguna tidak dapat fokus kepadanya kerana pergerakan yang terlalu cepat.

Ia memeningkan pengguna untuk mencari maklumat yang diingini. Pada bahagian bawah diletakkan maklumat maklumat mengenai universiti ini seperti jurusan yang ditawarkan, perkembangan, lokasi dan sebagainya. Manakala pada bahagian atas kanan pula terdapat satu ruang pautan pantas ke website lain sebagai alternatif kepada pengguna. Ini dapat memudahkan pengguna untuk explore ke website lain dalam universiti ini.

UDM

Website ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian kiri dan kanan. Pada bahagian kiri diletakkan logo gambar-gambar dan pautan ke jabatan-jabatan yang terdapat di universiti ini. Manakala pada sebelah kiri terdapat maklumat mengenai universiti ini, program pengajian,berita dan calendar serta aktiviti-aktiviti terkini.

Mengenai pilihan warna pula,saya suka background yang digunakan iaitu warna putih kerana ia memudahkan pengguna untuk mencari maklumat.website ini simple dan tidak menggunakan banyak aplikasi.

Namun website ini tidak menggunakan teknik flash untuk menarik minat pengguna melayarinya. Ia juga kelihatan kosong kerana banyak ruang tidak digunakan dan dibiarkan kosong.

UUM

Seperti laman laman lain, laman ini juga mempunyai tema tema warna iaitu gabungan warna putih dan biru. Warna ini biasa dipilih untuk laman web kerana ia kelihatan harmoni. laman ini juga simple dan mudah difahami.

Tetapi masalah dengan laman ini adalah ia terlalu simple. Tidak banyak maklumat dapat diperolehi dari laman ini. jika dilihat sepintas lalu ia kelihatan seperti tidak ada pun maklumat yang dapat menarik perhatian pengguna. Banyak ruang ruang kosong yang dapat dilihat. Sepatutnya ruang ruang kosong diisi dengan maklumat yang berguna untuk pengguna seperti link untuk pelajar dan staf access terus kepada apa yang diinginkan.


UTM

Interface bagi web ini agak biasa. Ia simple dan pemilihan warna juga agak menarik. Tetapi pengguna perlu masuk ke link yang disediakan dahulu sebelum dapat maklumat yang dicari. Ini menyusahkan pengguna kerana perlu masuk beberapa kali. Teknik flash juga tidak digunakan dalam web ini.

Web ini kelihatan kosong kerana laman yang pendek dan tidak banyak maklumat dipaparkan terus kat interfacenya.

Newer Posts Older Posts Home