Blk dr library aku tepon smula kt family sama ada dh blk dungun ke blum. diorg ckp dh on the way. Aku pun ckp ok la. Dh xde rezeki nk jmpe. Mase aku tgh beli mknn mama tepon lg. Diorg dtg blk kt aku sbb nk ambil brg.
Memang aku gmbira la masa 2. Lps diorg blk 2 tetibe aku nmpk satu kotak kek atas katil aku. Aku pun buke la hehe.....ni la kek 2. Sempena b'day aku pd 2hb nov ni. rupe-rupenye diorg dtg bwkkn kek utk aku. Bkn main gmbira lg aku tgk kek 2. aku ucap terima kasih & luahkn rasa syg dan cinta aku kt family.
Mmg aku trharu dgn hadiah 2. aku tahu org yg paling syg kt aku adlh family aku & org yg plg aku syg adlh family aku. Aku xkn lupa b'day aku yg ke-20 thn ni. ia akn jd kngn dlm hidup aku. Buat Papa,Mama,kak mi,eiman & awisy thnx 4 coming & give me a cute cake. I Love U all.
Mlmnya aku & housemate serta qilah & the geng celebrate la b'day aku. Aku amat gembira smlm walaupun kitorg sambut awal sbb 2hb ni ada exm HCI.
Itulh yg brlaku dlm hidup aku smlm. Selama ini aku x prnh celebrate b'day sndiri sbb biasanya family aku trlupe. 2,3 ari pastu brlh diorg wish. Tp thn ni diorg siap hntrkan kek utk aku.
Skang aku tau & blh rasakan kasih syg mereka trhdp aku.
Renungkanlah kwn2...
Orang kata aku lahir dari perut Mama..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Mama
Bila lapar, yang suapkan aku..Mama
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Mama
Kata Mama, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. Mama
Bila nangis, orang pertama yang datang ..Mama
Bila nak bermanja.. aku dekati Mama
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah Mama
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya Mama
Bila nakal, yang memarahi aku ...Mama
Bila merajuk... yang memujukku cuma..Mama
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..Mama
Bila takut... yang tenangkan aku.. Mama
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..Mama
Aku selalu teringatkan ..Mama
Bila sedih, aku mesti talipon... Mama
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu...Mama
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Mama
Bila takut, aku selalu panggil.. "Mamaaaaaaaaaaaa! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Mama
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Mama
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Mama
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Mama
Bila ada masalah, yang paling risau.. Mama
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Mama
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Mama
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Mama
Yang selalu berleter kat aku.. Mama
Yang selalu puji aku.. Mama
Yang selalu nasihat aku.. Mama
bila tiba Hari Ibu
aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu... Mama ingat kat aku
Masa hari lahir aku pula
Aku tak pernah ucapkan terima kasih kat Mama
kerana lahirkan aku dan menjaga aku selama ni.
Sedangkan Mama selalu luahkan rasa syukur
Aku adalah anaknya. Anugerah Allah kepadanya.
pesan Mama dulu:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim
wang untuk Mama? Mama bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan
pun cukuplah". Berderai air mata aku. Aku akan ingat kata kata ni sampai bila bila.
Aku harap kasih dan sayang aku terhadap Mama takkan berubah
Malah semakin bertambah bersama meningkatnya usia aku amin…….
Ramai yang tidak tahu bahawa ada beberapa pekara yang telah tercatit dalam hadis yang mengisahkan perbezaan darjat kaum wanita dan lelaki. Perbezaan-perbezaan ini yang menaikan darjat kaum wanita.Ciri-ciri tersebut disesenaraikan di bawah ini :-
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin,maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
7. Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganay, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12.Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?? Jawab Rasulullah,"Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".
13.Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14.Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana? mana pintu yang di kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah.wanita sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.
Bersyukurlah jika anda seorang wanita.
Menggunakan warna merah pada bahagian atas kiri sebagai background logo universiti. Kontra dengan warna background keseluruhan interface yang menggunakan warna plain seperti putih dan grey.walaupun menggunakan teknik flash untuk memaparkan info info tetapi pengguna tidak dapat fokus kepadanya kerana pergerakan yang terlalu cepat.
Ia memeningkan pengguna untuk mencari maklumat yang diingini. Pada bahagian bawah diletakkan maklumat maklumat mengenai universiti ini seperti jurusan yang ditawarkan, perkembangan, lokasi dan sebagainya. Manakala pada bahagian atas kanan pula terdapat satu ruang pautan pantas ke website lain sebagai alternatif kepada pengguna. Ini dapat memudahkan pengguna untuk explore ke website lain dalam universiti ini.
Website ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian kiri dan kanan. Pada bahagian kiri diletakkan logo gambar-gambar dan pautan ke jabatan-jabatan yang terdapat di universiti ini. Manakala pada sebelah kiri terdapat maklumat mengenai universiti ini, program pengajian,berita dan calendar serta aktiviti-aktiviti terkini.
Namun website ini tidak menggunakan teknik flash untuk menarik minat pengguna melayarinya. Ia juga kelihatan kosong kerana banyak ruang tidak digunakan dan dibiarkan kosong.
Seperti laman laman lain, laman ini juga mempunyai tema tema warna iaitu gabungan warna putih dan biru. Warna ini biasa dipilih untuk laman web kerana ia kelihatan harmoni. laman ini juga simple dan mudah difahami.
Tetapi masalah dengan laman ini adalah ia terlalu simple. Tidak banyak maklumat dapat diperolehi dari laman ini. jika dilihat sepintas lalu ia kelihatan seperti tidak ada pun maklumat yang dapat menarik perhatian pengguna. Banyak ruang ruang kosong yang dapat dilihat. Sepatutnya ruang ruang kosong diisi dengan maklumat yang berguna untuk pengguna seperti link untuk pelajar dan staf access terus kepada apa yang diinginkan.

Web ini kelihatan kosong kerana laman yang pendek dan tidak banyak maklumat dipaparkan terus kat interfacenya.
First sekali yang dapat dilihat mengenai web ini adalah bahagian atas web yang menggunakan teknik flash. ia memaparkan tentang universiti ini. Agak menarik kerana banyak gambar dapat kita lihat melalui teknik flash yang digunakan. Menggunakan background putih memudahkan pengguna untuk mencari maklumat dalam web ini.
Kelemahan blog ini adalah terlalu panjang dan menggunakan teknik flash yang banyak. Pennguna akan lebih fokus kepada gambar gambar yang bergerak menyebabkan pencarian maklumat terganggu. pengguna juga perlu scroll ke bawah kerana laman ini panjang. jadi ia tidak efektif.

Satu masalah kepada web ini apabila terlalu padat dan kita perlu scroll ke bawah untuk melihat maklumat di bawah. Ada sedikit teknik flash digunakan dibahagian tepi kanan yang memaparkan info info universiti ini.
Laman ini banyak memaparkan info info dan berita berita. Ia tidak fokus kepada jurusan atau pelajar dan staf. Putih juga menjadi pilihan warna background sama seperti universiti universiti yang lain.
Satu yang menarik pada website ini adalah ia mempunyai button yang boleh digunakan untuk pengguna memasukkan email. Apabila pengguna telah beri maklumat info info terkini mengenai universiti ini akan dihantar terus ke email pengguna tersebut. Itu adalah antara kelebihan yanh ada pada website ini.

Apa yang menarik mengenai website ini ia hanya menggunakan page yang pendek. Oleh itu pengguna tidak perlu scroll ke bawah untuk melihat keseluruhan websitwe ini. Selainnya website ini sama dengan website lain seperti ada jurusan jurusan pelajar dan staf. teknik flash juga diselitkan sedikit untuk menarik perhatian pengguna.

Walaupun padat tetapi interface depan website ini seperti tidak ada apa apa pun. ia penuh dengan iklan dan tidak ada disediakan gambar gambar tentang suasana universiti berkenaan.
website ini juga tidak menonjolkan tentang apa sebenarnya keistimewaan dan kelebihan UPNM berbanding universiti lain. seperti ia tidak menggunakan peluang ini untuk memberitahu orang ramai maklumat UPNM.

Disebabkan website ini pendek jadi interfacenya terlalu crowded dengan maklumat yang ingin dipaparkan. Pengguna tidak dapat fokus kepada maklumat maklumat tertentu kerana banyak info dimasukkan sekali.

Namun website ini tidak dipaprkan gambar. Ia dipenuhi dengan tulisan berwarna hitam dan biru sahaja. Ia tidak dapat menarik perhatian penguna untuk explore dengan lebih jauh lagi.
Interface Universiti Malaysia Perlis ini adalah antara interface yang menarik kerana banyak maklumat yang disediakan yang tiada pada interface universiti lain seperti muat turun borang, e-journal dan e-perkhidmatan.
Satu lagi kelebihan interface ini adalah disediakan dalam banyak version bahasa seperti bahasa, English, Chinese, Arabic dan

Namun begitu pengguna mudah untuk mencari maklumat apabila menggunakan background putih. Banyak ruang kosong kelihatan menyebabkan pembaziran ruang. Pada interface depan tidak ditunjukkan suasana di dalam kampus UMT. Pengguna tidak dapat mengagak macam mana landskap di dalam universiti yang sebenarnya. Overall just ok.

Teknik flash digunakan menarik kerana sedikit sahaja ruang yang digunakan. Walaupun background yang digunakan simple tetapi pengguna mudah untuk memahami apa yang ingin ditonjolkan.

Boleh dikatakan seluruh interface ini menggunakan teknik flash. Walaupun teknik ini dapat menarik perhatian pengguna namun terlalu banyak juga memeningkan pengguna kerana pengguna tidak dapat focus pada satu satu perkara. Namun begitu website ini boleh dikatakan simple sahaja.
Website ini terlalu padat dan berwarna warni terutama pada bahagian gambar. Website ini tidak focus kepada perkara penting sebaliknya gambar gambar yang tidak penting atau iklan yang lebih menyerlah.
Pengguna boleh keliru kerana website ini seolah olah website untuk mempromosi iklan bukannya untuk memperkenalkan UMK kepada umum. Seperti yang kita tahu UMK merupakan universiti baru jadi pengguna excited untuk melayari website ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya.
Sepatutnya website ini boleh menjadi satu alat untuk mempromosi UMK tapi saya tidak nampak semua itu pada website ini. Ia patut lebih menonjolkan maklumat yang perlu pengguna tahu tentang UMK.

Putih merupakan pilihan warna bagi background website ini. Walaubagaimanapun website ini tidak menarik minat pengguna untuk melayarinya. Warna yang dipilih adalah warna warna plain yang tidak dapat menarik perhatian pengguna. Hanya pada bahagian kanan atas yang menggunakan warna hitam untuk menampakkan kontra dengan yang lain.

Ini menyusahkan pengguna mencari maklumat yang diingini kerana banyak tulisan berbanding gambar. Selain itu tiada diletakkan gambar yang boleh pengguna lihat pada interface ini. So pengguna tidak dapat membayangkan bagaiman rupa sebenar UiTM.
Website ini juga tidak dapat menarik minat untuk explore lebih lagi kerana banyak ruang kosong dapat dilihat. Ini seperti membazirkan ruang yang ada. Background putih menampakkan lagi ruang ruang kosong pada website ini. Sepatutnya ada maklumat yang boleh menjadi focus kepada pengguna apabila membuka website ini.
Bagi universiti ini interface yang digunakan agak menarik kerana gabungan warna putih dan biru dapat menarik perhatian pengguna untuk explore mengenai website ini. Dalam website ini terdapat maklumat mengenai events terkini yang berlaku yang melibatkan universiti ini.