slm.dh lme x bke blog.bz ngn exm.xde mood nk main2 lg. so ai ni aku nk release tnsn wat pstg ni. 2,3 ari ni aku sll mimpi org yg dh lme aku x jupe.aku rse spnjg aku duk kt udm ni x jumpe lg ngn die.mknenye hmpr 3 taun la.ntah la aku rndukn sgt kt die kot.tp mmg setiap kali final exm je aku akn mimpikn die.skang aku try nk lupekn die n fokus pd exm.cume 1 yg aku hrp die akn dtg jumpe aku n lpekn ttg mslh2 yg lalu.aku akn tgg die smpai die sggup jumpe ngn aku.aku sll doakn kebhagiaan die.smoga die pn x lpekn aku sptmane aku sll rindukn die.



Semalam adalah antara hari yang paling gembira dlm hidup aku. Cerita ni brmula a/bila family aku cakap yang diorg nk dtg KT semlm sbb ada urusan. Pastu aku tnya la dtg x kt aku.diorg kata x tau lg. pastu aku trs la gi library study smpai la ptg.tetibe mama tepon ckp diorg ada dtg tp aku xde kt ostel jadi diorg trus blk. aku sedih jugak la sbb x tgg aku dulu.

Blk dr library aku tepon smula kt family sama ada dh blk dungun ke blum. diorg ckp dh on the way. Aku pun ckp ok la. Dh xde rezeki nk jmpe. Mase aku tgh beli mknn mama tepon lg. Diorg dtg blk kt aku sbb nk ambil brg.

Memang aku gmbira la masa 2. Lps diorg blk 2 tetibe aku nmpk satu kotak kek atas katil aku. Aku pun buke la hehe.....ni la kek 2. Sempena b'day aku pd 2hb nov ni. rupe-rupenye diorg dtg bwkkn kek utk aku. Bkn main gmbira lg aku tgk kek 2. aku ucap terima kasih & luahkn rasa syg dan cinta aku kt family.

Mmg aku trharu dgn hadiah 2. aku tahu org yg paling syg kt aku adlh family aku & org yg plg aku syg adlh family aku. Aku xkn lupa b'day aku yg ke-20 thn ni. ia akn jd kngn dlm hidup aku. Buat Papa,Mama,kak mi,eiman & awisy thnx 4 coming & give me a cute cake. I Love U all.

Mlmnya aku & housemate serta qilah & the geng celebrate la b'day aku. Aku amat gembira smlm walaupun kitorg sambut awal sbb 2hb ni ada exm HCI.

Itulh yg brlaku dlm hidup aku smlm. Selama ini aku x prnh celebrate b'day sndiri sbb biasanya family aku trlupe. 2,3 ari pastu brlh diorg wish. Tp thn ni diorg siap hntrkan kek utk aku.
Skang aku tau & blh rasakan kasih syg mereka trhdp aku.

Renungkanlah kwn2...

Orang kata aku lahir dari perut Mama..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Mama
Bila lapar, yang suapkan aku..Mama
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Mama
Kata Mama, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!

Bila bangun tidur, aku cari.. Mama
Bila nangis, orang pertama yang datang ..Mama
Bila nak bermanja.. aku dekati Mama
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah Mama
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya Mama
Bila nakal, yang memarahi aku ...Mama
Bila merajuk... yang memujukku cuma..Mama
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..Mama
Bila takut... yang tenangkan aku.. Mama
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..Mama

Aku selalu teringatkan ..Mama

Bila sedih, aku mesti talipon... Mama
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu...Mama
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Mama
Bila takut, aku selalu panggil.. "Mamaaaaaaaaaaaa! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Mama
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Mama
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Mama
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Mama
Bila ada masalah, yang paling risau.. Mama

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Mama
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Mama
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Mama
Yang selalu berleter kat aku.. Mama
Yang selalu puji aku.. Mama
Yang selalu nasihat aku.. Mama


bila tiba Hari Ibu
aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu... Mama ingat kat aku


Masa hari lahir aku pula
Aku tak pernah ucapkan terima kasih kat Mama
kerana lahirkan aku dan menjaga aku selama ni.
Sedangkan Mama selalu luahkan rasa syukur
Aku adalah anaknya. Anugerah Allah kepadanya.

pesan Mama dulu:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim
wang untuk Mama? Mama bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan
pun cukuplah". Berderai air mata aku. Aku akan ingat kata kata ni sampai bila bila.


Aku harap kasih dan sayang aku terhadap Mama takkan berubah
Malah semakin bertambah bersama meningkatnya usia aku amin…….

Ramai yang tidak tahu bahawa ada beberapa pekara yang telah tercatit dalam hadis yang mengisahkan perbezaan darjat kaum wanita dan lelaki. Perbezaan-perbezaan ini yang menaikan darjat kaum wanita.Ciri-ciri tersebut disesenaraikan di bawah ini :-

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin,maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganay, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12.Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?? Jawab Rasulullah,"Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13.Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14.Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana? mana pintu yang di kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah.wanita sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

Bersyukurlah jika anda seorang wanita.

UTEM


Simple. Itu yang dapat digambarkan mengenai website ini kerana lamannya yang pendek dan kosong.

Menggunakan warna merah pada bahagian atas kiri sebagai background logo universiti. Kontra dengan warna background keseluruhan interface yang menggunakan warna plain seperti putih dan grey.walaupun menggunakan teknik flash untuk memaparkan info info tetapi pengguna tidak dapat fokus kepadanya kerana pergerakan yang terlalu cepat.

Ia memeningkan pengguna untuk mencari maklumat yang diingini. Pada bahagian bawah diletakkan maklumat maklumat mengenai universiti ini seperti jurusan yang ditawarkan, perkembangan, lokasi dan sebagainya. Manakala pada bahagian atas kanan pula terdapat satu ruang pautan pantas ke website lain sebagai alternatif kepada pengguna. Ini dapat memudahkan pengguna untuk explore ke website lain dalam universiti ini.

UDM

Website ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian kiri dan kanan. Pada bahagian kiri diletakkan logo gambar-gambar dan pautan ke jabatan-jabatan yang terdapat di universiti ini. Manakala pada sebelah kiri terdapat maklumat mengenai universiti ini, program pengajian,berita dan calendar serta aktiviti-aktiviti terkini.

Mengenai pilihan warna pula,saya suka background yang digunakan iaitu warna putih kerana ia memudahkan pengguna untuk mencari maklumat.website ini simple dan tidak menggunakan banyak aplikasi.

Namun website ini tidak menggunakan teknik flash untuk menarik minat pengguna melayarinya. Ia juga kelihatan kosong kerana banyak ruang tidak digunakan dan dibiarkan kosong.

UUM

Seperti laman laman lain, laman ini juga mempunyai tema tema warna iaitu gabungan warna putih dan biru. Warna ini biasa dipilih untuk laman web kerana ia kelihatan harmoni. laman ini juga simple dan mudah difahami.

Tetapi masalah dengan laman ini adalah ia terlalu simple. Tidak banyak maklumat dapat diperolehi dari laman ini. jika dilihat sepintas lalu ia kelihatan seperti tidak ada pun maklumat yang dapat menarik perhatian pengguna. Banyak ruang ruang kosong yang dapat dilihat. Sepatutnya ruang ruang kosong diisi dengan maklumat yang berguna untuk pengguna seperti link untuk pelajar dan staf access terus kepada apa yang diinginkan.


UTM

Interface bagi web ini agak biasa. Ia simple dan pemilihan warna juga agak menarik. Tetapi pengguna perlu masuk ke link yang disediakan dahulu sebelum dapat maklumat yang dicari. Ini menyusahkan pengguna kerana perlu masuk beberapa kali. Teknik flash juga tidak digunakan dalam web ini.

Web ini kelihatan kosong kerana laman yang pendek dan tidak banyak maklumat dipaparkan terus kat interfacenya.

UTHOM

First sekali yang dapat dilihat mengenai web ini adalah bahagian atas web yang menggunakan teknik flash. ia memaparkan tentang universiti ini. Agak menarik kerana banyak gambar dapat kita lihat melalui teknik flash yang digunakan. Menggunakan background putih memudahkan pengguna untuk mencari maklumat dalam web ini.


Kelemahan blog ini adalah terlalu panjang dan menggunakan teknik flash yang banyak. Pennguna akan lebih fokus kepada gambar gambar yang bergerak menyebabkan pencarian maklumat terganggu. pengguna juga perlu scroll ke bawah kerana laman ini panjang. jadi ia tidak efektif.

USM

Website ini mempunyai interface yang padat dengan macam macam info sehingga penuh satu page. Pada bahagian atas ia menggunakan banyak warna untuk highlightkan tajuk website ini. Selainnya warna putih menjadi tema atau background website.

Satu masalah kepada web ini apabila terlalu padat dan kita perlu scroll ke bawah untuk melihat maklumat di bawah. Ada sedikit teknik flash digunakan dibahagian tepi kanan yang memaparkan info info universiti ini.

USIM

Laman ini banyak memaparkan info info dan berita berita. Ia tidak fokus kepada jurusan atau pelajar dan staf. Putih juga menjadi pilihan warna background sama seperti universiti universiti yang lain.


Satu yang menarik pada website ini adalah ia mempunyai button yang boleh digunakan untuk pengguna memasukkan email. Apabila pengguna telah beri maklumat info info terkini mengenai universiti ini akan dihantar terus ke email pengguna tersebut. Itu adalah antara kelebihan yanh ada pada website ini.

UPSI

Berbeza dengan website lain UPSI menggunakan banyak warna untuk interface websitenya. Antara warna yang menywerlah adalah warna merah dan kuning.

Apa yang menarik mengenai website ini ia hanya menggunakan page yang pendek. Oleh itu pengguna tidak perlu scroll ke bawah untuk melihat keseluruhan websitwe ini. Selainnya website ini sama dengan website lain seperti ada jurusan jurusan pelajar dan staf. teknik flash juga diselitkan sedikit untuk menarik perhatian pengguna.

UPNM

Background color yang sama dengan kebanyakan universiti lain iaitu putih. Interface depan website ini banyak memaparkan berita dan terlalu padat.

Walaupun padat tetapi interface depan website ini seperti tidak ada apa apa pun. ia penuh dengan iklan dan tidak ada disediakan gambar gambar tentang suasana universiti berkenaan.

website ini juga tidak menonjolkan tentang apa sebenarnya keistimewaan dan kelebihan UPNM berbanding universiti lain. seperti ia tidak menggunakan peluang ini untuk memberitahu orang ramai maklumat UPNM.

UPM

Website UPM agak pendek tetapi padat dengan info. Pada bahagian atas merah menjadi pilihan warna untuk menunjukkan bahawa bahagian itu penting. Seterusnya warna putih digunakan.

Disebabkan website ini pendek jadi interfacenya terlalu crowded dengan maklumat yang ingin dipaparkan. Pengguna tidak dapat fokus kepada maklumat maklumat tertentu kerana banyak info dimasukkan sekali.

UNIMAS

Website UNIMAS hanya menggunakan background putih sbagai tema. Ini menampakkan website UNIMAS nampak ringkas dan mudah untuk dibaca.

Namun website ini tidak dipaprkan gambar. Ia dipenuhi dengan tulisan berwarna hitam dan biru sahaja. Ia tidak dapat menarik perhatian penguna untuk explore dengan lebih jauh lagi.

Selain itu website ini menyediakan calendar dan log in pada bahagian tepi sebelah kiri. Mungkin kerana ia terlalu ringkas menyebabkan ia nampak biasa sahaja berbanding website lain.

UNIMAP

Interface Universiti Malaysia Perlis ini adalah antara interface yang menarik kerana banyak maklumat yang disediakan yang tiada pada interface universiti lain seperti muat turun borang, e-journal dan e-perkhidmatan. Ada juga satu lagi maklumat yang bagus untuk pengguna iaitu diberi maklumat mengenai laman web yang sesuai digunakan untuk melayari interface ini.

Satu lagi kelebihan interface ini adalah disediakan dalam banyak version bahasa seperti bahasa, English, Chinese, Arabic dan Thai. Warna untuk interface ini menggunakan warna yang sama dengan logo universiti. Pada bahagian atas ada ruang google untuk memudahkan pengguna ke laman web lain. Selainnya interface ini sama macam interface universiti lain seperti ada mengenai jurusan-jurusan yang ada kat sana, jabatan-jabatan dan lain-lain.

UMT

Website lebih banyak tulisan berbanding gambar. Jadi website UMT kelihatan kosong. Lebih lebih lagi background colour yang digunakan adalah putih.

Namun begitu pengguna mudah untuk mencari maklumat apabila menggunakan background putih. Banyak ruang kosong kelihatan menyebabkan pembaziran ruang. Pada interface depan tidak ditunjukkan suasana di dalam kampus UMT. Pengguna tidak dapat mengagak macam mana landskap di dalam universiti yang sebenarnya. Overall just ok.

UMS

Interface bagi website ini agak menarik kerana walaupun padat tetapi tersusun. mudah untuk pengguna mencari maklumat. terdapat dalam 2 versi bahasa iaitu bahasa malaysia dan english.

Teknik flash digunakan menarik kerana sedikit sahaja ruang yang digunakan. Walaupun background yang digunakan simple tetapi pengguna mudah untuk memahami apa yang ingin ditonjolkan.

UMP

Website UMP banyak menggunakan teknik flash terutama pada bahagian atas interface. Pilihan warna agak ok tetapi warna kuning pada sebelah kiri website ini terlalu terang dan menyakitkan mata. Warna tersebut kurang sesuai digunakan lebih lebih lagi pada bahagian log in.

Boleh dikatakan seluruh interface ini menggunakan teknik flash. Walaupun teknik ini dapat menarik perhatian pengguna namun terlalu banyak juga memeningkan pengguna kerana pengguna tidak dapat focus pada satu satu perkara. Namun begitu website ini boleh dikatakan simple sahaja.

UMK

Website ini terlalu padat dan berwarna warni terutama pada bahagian gambar. Website ini tidak focus kepada perkara penting sebaliknya gambar gambar yang tidak penting atau iklan yang lebih menyerlah.

Pengguna boleh keliru kerana website ini seolah olah website untuk mempromosi iklan bukannya untuk memperkenalkan UMK kepada umum. Seperti yang kita tahu UMK merupakan universiti baru jadi pengguna excited untuk melayari website ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya.

Sepatutnya website ini boleh menjadi satu alat untuk mempromosi UMK tapi saya tidak nampak semua itu pada website ini. Ia patut lebih menonjolkan maklumat yang perlu pengguna tahu tentang UMK.

UM

Maklumat pada website UM terlalu padat. Kesemua ruang yang ada digunakan sepenuhnya. Berita berita terkini diletakkan pada bahagian kiri atas memnggunakan teknik flashmenunjukkan berita berita tersebut penting.

Putih merupakan pilihan warna bagi background website ini. Walaubagaimanapun website ini tidak menarik minat pengguna untuk melayarinya. Warna yang dipilih adalah warna warna plain yang tidak dapat menarik perhatian pengguna. Hanya pada bahagian kanan atas yang menggunakan warna hitam untuk menampakkan kontra dengan yang lain.

UKM


Tema warna yang dipilih agak seimbang tapi tidak menyeluruh.simple dan mempunyai banyak
pautan ke rencana rencana lain. Pada sebelah kanan disediakan info info dan berita terkini tentang UKM. Menyediakan tapak web google untuk memudahkan pengguna jika ingin ke web lain.
pada bahagian bawah terdapat iklan iklan mengenai apa yang ada kat ukm. Galeri foto juga disediakan untuk pengguna melihat gambar gambar terkini. Pada bahagian atas kanan disediakan tarikh hari dan waktu. Manakala pada bahagian bawah terdapat alamat dan maklumat mengenai web ini.




UiTM

Website ini kelihatan besar dan lebar kerana satu satu info yang dipaparkan kecil. Gambar gambar yang diletak juga kecil. Laman ini kelihatan kosong kerana maklumat yang kecil dan pemilihan background berwarna putih.

Ini menyusahkan pengguna mencari maklumat yang diingini kerana banyak tulisan berbanding gambar. Selain itu tiada diletakkan gambar yang boleh pengguna lihat pada interface ini. So pengguna tidak dapat membayangkan bagaiman rupa sebenar UiTM.

Website ini juga tidak dapat menarik minat untuk explore lebih lagi kerana banyak ruang kosong dapat dilihat. Ini seperti membazirkan ruang yang ada. Background putih menampakkan lagi ruang ruang kosong pada website ini. Sepatutnya ada maklumat yang boleh menjadi focus kepada pengguna apabila membuka website ini.

UIAM

Bagi universiti ini interface yang digunakan agak menarik kerana gabungan warna putih dan biru dapat menarik perhatian pengguna untuk explore mengenai website ini. Dalam website ini terdapat maklumat mengenai events terkini yang berlaku yang melibatkan universiti ini. Ada juga link untuk pengguna ke website lain di bahagian kiri. Disediakan juga bahagian pelajar,staf,pelawat dan maklumat mengenai universiti pada bahagian atas website ini.

Rahsia Pemakanan Genius-Genius ISLAM

Santapan Minda

Pelawat menulis "
Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban
daya intelek mereka.

Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arabdan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan dikalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur.

Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telahterbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai " shifa '" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral,protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasanmental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium(kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang danbermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagimemastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika
dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.


3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkantenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaanyang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w,
"Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan denganmerebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatanfikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapatmeningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin danbermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio danlain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA ( CROCOS SATIVUS )
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual dikedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH ( kemenyan serani/luban/kundar )
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w.,
"Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI ( MAJALAWI )
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

Newer Posts Home